Wednesday, September 21, 2011

SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) Tahun 1

Kepada semua guru tahun 1 :-

Mesej ini diambil dari Portal PPD kerian pada 21.09.2011.

Untuk Perhatian Semua Guru Besar, Setiausaha Peperiksaan dan Guru Tahun 1:

Berdasarkan SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL. 5 TAHUN 2011: PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) TAHUN 1, 2011, semua Sekolah Rendah diminta mula menggunakan sistem ini mulai sekarang. Berikut adalah tugas dan peranan personel yang terlibat:

Setiausaha Peperiksaan:
1. Daftar kelas
2. Daftar murid (guna nombor Mykid)
3. Daftar Guru Besar/ Penolong Kanan dan Guru Mata Pelajaran
4. Cetak dan serahkan surat nama login & kata laluan
5. Adakan segara inhouse training penggunaan SPPBS (jika belum)
6. Membantu dan menjadi pemudah cara kepada guru mata pelajaran
7. Cetak laporan sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBS Sekolah

Guru Mata Pelajaran Tahun 1:
1. Dapatkan surat nama login & kata laluan dari SU
2. Daftar murid dengan mata pelajaran
3. Masukkan prestasi murid (Band, Deskriptor, Evidens)
4. Pastikan tiada kesilapan semasa memasukkan prestasi (tidak boleh diedit)
5. Cetak laporan sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBS Sekolah

Guru Besar/Penolong Kanan:
1. Dapatkan surat nama login & kata laluan dari SU
2. Menyelia SU dan Guru MP Tahun 1 bagi memastikan SPPBS beroperasi
3. Pastikan SU dan Guru MP Tahun 1 melaksanakan tugas tanpa gagal
4. Menyemak perkembangan penggunaan SPPBS dari masa ke semasa
5. Pastikan kemasukan data dan prestasi murid lengkap

Untuk makluman surat nama login dan kata laluan untuk SU sedang diedarkan oleh Unit PBS JPN Perak. Jika ada sekolah yang tidak menerima surat ini hingga pada hujung minggu hadapan, sila maklumkan kepada saya.

Kerjasama dari semua pihak yang terlibat didahului dengan ucapan terima kasih.
_________________
Hashim Bin Mat Som
Penolong PPD PBS
Tel: 0195767247
E-mel: hashim@ppdkerian.edu.my


Mesej guru data :-
Guru-guru berkenaan, sila rujuk S/U Peperiksaan untuk maklumat lanjut.

Sekian, dimaklumkan.
21.09.2011

--
S.Narasimha Rao
Guru Data
SJKT Bagan Serai (ABD3061)
Tel.: 012-5001705

"Save a tree. Please don't print this e-mail unless it's absolutely necessary."

No comments:

Post a Comment

Guru-Guru SJKTBS, sila beri 'feedback' sebagai pengesahan selepas anda membaca mesej ini.